1. Grand Canyon
Grand Canyon adalah sebuah jurang tebing-terjal, terukir di Sungai Colorado, di utara Arizona. Jurang ini merupakan satu dari Tujuh Keajaiban Dunia dan sebahagian besar berada di Taman Negara Grand Canyon; salah satu taman nasional pertama di Amerika Syarikat. Presiden Theodore Roosevelt merupakan salah satu dari pendukung utama wilayah Grand Canyon, dan ia mengunjunginya dalam beberapa kesempatan untuk memburu singa gunung dan menikmati pemandangan alam yang luar biasa.
Jurang ini, diciptakan oleh Sungai Colorado yang memotong sebuah selat selama jutaan tahun, panjangnya kira-kira 446 km, dengan lebar bermula dari 6 hingga 29 km dan dengan kedalaman lebih daripada 1,600 m. Hampir dari 2000 juta tahun sejarah Bumi telah terpotong oleh Sungai Colorado dan anak sungainya lapis demi lapis ketika Dataran Tinggi Colorado mulai terangkat.
Grand Canyon pertama kali dilihat oleh orang Eropa pada 1540, García López de Cárdenas dari Spanyol. Ekspedisi saintifik pertama ke canyon ini diketuai oleh Mayor AS John Wesley Powell pada akhir 1870-an. Powell menunjuk ke arah batuan sedimen yang terbuka di jurang sebagai “daun dalam buku cerita agung”. Namun, jauh sebelum masa itu, wilayah ini telah ditinggali oleh Penduduk Asli Amerika yang membangun tempat tinggal di dinding jurang ini.
2. Great Barrier Reef / Karang Penghalang Besar
Great Barrier Reef adalah kumpulan terumbu karang terbesar dunia yang terdiri dari lebih kurang 3,000 karang dan 900 pulau, yang membentang sepanjang 2.600 km. Karang ini terletak di bahagian Laut Koral, lepas pantai Queensland di timur laut Australia. Sebahagian besar wilayah karang ini termasuk bahagian yang dilindungi oleh Taman Laut Karang Penghalang Besar (Great Barrier Reef Marine Park). Karang Penghalang Besar (KPB) dapat dilihat dari luar angkasa dan kadang disebut sebagai organisma tunggal terbesar di dunia. Sebenarnya, ia terbentuk dari berjuta organisme kecil, dikenal dengan sebutan polip koral (coral polyp). KPB dipilih sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981.
Kekayaan biodiversitasnya, perairannya yang hangat dan jernih, serta keterjangkauannya dari kemudahan terapung yang disebut live aboards, membuat karang ini menjadi tujuan pelancongan yang sangat popular, terutama bagi para penyelam scuba. Banyak bandar di sepanjang pesisir pantai Queensland yang menawarkan pelancongan laut ke karang ini setiap harinya. Beberapa pulau kontinental juga telah berubah fungsi menjadi resort.
3. Mount Everest
Mount Everest adalah gunung tertinggi di dunia (jika diukur dari paras laut). Rabung kemuncaknya menandakan sempadan antara Nepal dan Tibet kemuncaknya berada di Tibet. Gunung ini mempunyai ketinggian sekitar 8.850 m. Gunung ini mendapatkan nama bahasa Inggerisnya dari nama Sir George Everest. Nama ini diberikan oleh Sir Andrew Waugh, surveyor-general India berbangsa Inggeris, penerus Everest. Puncak Everest merupakan salah satu dari Tujuh Puncak Utama di dunia.
4. Air Terjun Victoria
Air terjun Victoria merupakan salah satu air terjun yang paling hebat di dunia. Air terjun ini terletak di Sungai Zambezi, yang pada masa ini membentuk sempadan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini mempunyai lebar kira-kira 1 batu (1.6 km), dengan ketinggian 128m (420 kaki).
David Livingstone, peneroka Scotland, melawat tasik ini pada 1855 dan menamakannya dengan nama Ratu Victoria, sedangkan nama tempatannya pula adalah Mosi-oa-Tunya, "asap menggelegar." Air terjun ini merupakan sebahagian daripada dua taman negara, Mosi-oa-Tunya National Park di Zambia dan Victoria Falls National Park di Zimbabwe, dan juga Tapak Warisan Dunia UNESCO. Air terjun ini merupakan objek pelancongan utama Afrika Selatan.
5. Northern Lights
keajaiban dunia ini adalah Northern Lights atau dikenal juga dengan istilah Aurora Borealis. Kejaiban cahaya yang warna-warni ini terbentuk disebabkan interaksi padang magnetik di Bumi dengan partikel matahari.
6.Volcano Paricutín
Volcano Paricutín, adalah sebuah gunung berapi yang terletak di negara bahagian Michoacan, Mexico. Sebelum tahun 1943 gunung berapi ini belum ada lagi, namun kerana aktiviti gunung berapi yang membuat orang-orang di sekitar itu mengungsi, gunung muda itu pun terus bertambah ketinggiannya, dalam sehari menjadi 50 meter dan saat ini aktivitinya boleh dikatakan berhenti, dan ketinggian gunung mencapai 336 meter.
7. Pelabuhan Rio de Janeiro
Rio de Janeiro (bermakna "Sungai Januari" dalam bahasa Portugis) ialah ibu kota Negeri Rio de Janeiro di bahagian tenggara Brazil.bandar ini mempunyai luas sebesar 1.256 km ² dan penduduk sekitar 6.150.000 juta jiwa (2004). Kira-kira 10 juta orang tinggal di kawasan metropolitan Rio de Janeiro Raya, yang kini merupakan bandar keempat terbesar di dunia.
Letak pelabuhan Rio De Janeiro sangat unik yaitu tepat berada di ujung muara sungai antara pertemuan laut dan sungai, selain bandar pelabuhan bandar tersebut juga mempunyai letak dan pemandangan geografi yang sangat indah, Brazil ditemukan dan dijajah oleh portugis pada tahun 1565 sehingga budaya, bahasa, kebiasaan , juga makanan merujuk kepada negara portugal yaitu kerana adanya ikatan bathin antara dua negara tersebut.